Entah apa yang aku nak coretkan…dari semalam aku merasakan untuk meluahkan sesuatu dari pundak hati yang semakin rasa terbeban. Entah apa puncanya aku sendiri kurang pasti…sejak semalam, kedinginan yang mencengkam mengalungkan sekuntum rindu yang mendalam. Aku sesungguhnya amat merindui. Apakah dia juga berperasaan sama sepertiku kala ini? Bila sendirian, terbayang wajahnya…bila kerinduan, tersiksanya kalbu….bila keresahan aku ingin dibelai…
Aku sering memikirkan ke mana akhirnya hubungan yang kami cipta ini. Bukan mainan lagi, kali ini aku rasakan dialah yang tercipta untukku. Beberapa bulan namun aku rasakan seperti bertahun aku mengenalinya. Semakin lama aku curahkan kasih dan sayang ini, semakin terbeban aku kelemasan dalam belaian huluran kasihnya. Bukan apa, aku bimbang keterlanjuran kasih yang dihulurkan menghantui setiap hembusan nafas yang kuhela…aku risau seandainya kasih itu berlalu di saat aku sangat tidak mengizinkannya. Aku takut…teramat takut seandainya kasih yang disemai itu bakal layu berguguran satu persatu tanpa aku sedar.
Kehilangan sangat menyeksakan, walau yang bisa memahami namun tak semudah melalui. Aku merasakan aku perlu meluahkan biarpun hanya pada sekeping kertas. Inilah duniaku, di saat aku mula dikejar kerinduan, di saat aku mula merasakan bahangnya kasih, di ketika aku mula menyedari aku kebuntuan…hanya langkah ini yang kuambil bagi mengubati luka dan sendu sendiri…
Setiap orang pasti berbeza caranya..ini cara aku sejak azali. Aku lebih selesa mencoretkan isi kalbu pada yang paling memahami. Iaitu hatiku sendiri. Aku yang sengsara, aku menanggungnya, aku juga yang mengubatnya. Kadangkala aku tidak memahami apa yang hati ini mahukan. Aku tak faham…aku juga kurang mengerti apa yang cuba hati ini ingini. Duhai hati..sukar dimengerti…
Terbeban aku dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini. Aku rasakan inilah akibatnya kerana aku semakin jauh dari-Nya…sujudku hanya sekadar pemuas cara, bukan lagi ratapan dan singgahan yang sebenar-benar dan sesungguh-sungguhnya. Terlalu jauh aku melangkah hingga aku lupa pada apa yang harus aku kejar dalam hidup ini. Sehingga aku hampir tergelincir dari landasan, namun aku tetap jua meneruskan langkah yang tersasar. Ya Tuhan…jauh sungguh aku dengan-Mu…
Hanya air mata peneman di kala aku gundah. Aku berpura dalam tawa. Cuba menyelindungkan segenap rasa yang setia menemani di ketika aku gusar. Hipokritkah aku? Tidak…aku hanya mahu mengubati lara yang menyiksa. Semakin beban itu mengejarku walau ke mana aku pergi. Hati ini tidak bisa dibohongi. Sampai bila? Aku sendiri tidak pasti akan kepastian ini.
Kadangkala aku tertanya, ke mana akhirnya destinasiku…kepastian yang kucari masih belum ketemui. Apakah aku tidak bersyukur dengan segala yang aku miliki kini? Tidak..aku berterima kasih atas apa yang kumiliki, namun aku takbur dengan apa yang kudapati. Ampunkan aku Ya Tuhan…seandainya aku segera menyedari dan disedarkan tentang hakikat hidup ini, alangkah aku ingin cuba melangkah mendekati apa yang kuhajati.
Dalam sujudku, aku berdoa…jika benar dia adalah jodohku… Kau satukan hati kami di atas landasan hidayah-Mu. Aku semakin pasrah dan redha jika itu adalah ketentuan-Mu…aku semakin takut akan kehilangan. Kasih yang dihulurkan amat membebankan aku. Keihklasannya memberi kadangkala aku sambut dengan sepenuh ragaku, tanpa aku sedar jangan berlebih-lebihan dalam menyayangi. Namun aku tersangat menyayangi…semakin hari aku menghitung detik untuk bergelar seorang isteri. Tegakah aku untuk menyandang jawatan itu seandainya masanya tiba nanti? Sehingga detik ini aku masih bertanya…layakkah aku? Setelah apa yang aku lalui, aku masih mengharapkan ada secebis sinar harapan untukku menumpang kasih. Seksanya bila hati memiliki namun tidak sepenuhnya dalam genggaman. Walau apapun aku harus pasrah kerana dia juga hanya pinjaman…aku lupa aku juga pinjaman sementara di dunia ini. Namun berikanlah aku keizinan untuk rasa menyayangi…
Begitu dugaan bertimpa saat aku kelemasan dalam kasih yang dihulurkan. Ada mata yang memandang sayu, ada yang memandang dingin beku atas hubungan ini, mungkin ada yang jelek dengan rapatnya aku. Aku cuba memuaskan hati semua pihak hingga aku lupa hatiku dan hatinya perlu kujaga. Maafkan aku andai kau terluka. Sememangnya aku belum matang mengawal emosi di kala aku terbeban dengan kekhilafanku sendiri. Kerana terlalu menyayangi. Itulah jawapan yang paling tepat. Sesungguhnya aku takut kehilangan bakal membuatkan aku terhiris lagi. Banyak hati yang kulukai. Mungkin ini jua dugaan dan ujian atas apa yang aku lalui. Bukan mudah menebus pincangnya sekeping hati yang menangisi..bukan senang memuaskan hati yang membenci. Hingga aku sendiri kurang pasti apa yang ingin kalian buktikan?
Banyak hati yang membenci..tidak menyenangi pandangan yang terbentang di depan mata. Padaku mungkin aku buta. Mungkin ya, aku semakin buta. Hingga aku alpa pada nawaitu ketika kakiku mula berpijak di bumi nyata.  Aku lari dari kenyataan yang kubina sejak awalnya…pincangnya aku…sehinggakan aku merasakan akulah punca segalanya. Tanpaku, mungkin semuanya pulih seperti sebelumnya. Seolah-olah kehadiranku hanya sekadar mengisi kekosongan yang menjelma.
Tidak baik berburuk sangka..aku cuba positifkan apa yang terbenak di pundak fikiran. Mencipta impian dan bahagia sendiri di kala aku tidak pasti bahagiakah aku kini? Biarlah…aku percaya sampai satu masa semuanya akan pulih seperti sediakala. Walaupun tidak seharum sebelumnya, baunya tetap ada. Bila? Entah..aku tiada jawapannya. Hanya Dia yang Maha Mengetahui…
Rawannya aku…mengapa aku cukup benar terhiris dengan teguran ikhlas yang duhulurkan? Semuanya demi membetulkan silap yang kulakukan. Tapi setiap ceruk nadi yang berdetik seolah-olah cukup terhiris, hingga lumat hati yang dijaganya. Sampai begitu sekali aku terasa, namun bila dipujuk cepat benar aku sejuk. Gilakah aku? Atau hanya sekadar inginkan sesuatu yang memang aku dambakan?
Seringkali aku menyusahkan…seringkali juga aku menggundahkan…di kala itu juga aku membebankan. Bukan aku ingin menyalahkan diri sendiri, tapi sekadar ingin menumpang kasih. Walau kutahu sayangnya hanya untukku. Tamakkah aku? Aku tahu aku tidak berhak mengecapinya…namun aku hanya ingin merasainya seumur hidupku. Dia tega menjaga hatiku….dan aku juga turut melampiaskan sayang yang tak bertepi. Redakah sudah rajukku yang kucipta sendiri? Surutkah sudah amarahku pada sekeping hati? Jawapannya kerana terlalu menyayangi…
                                                                                                                                                       Derita Hati Nukilan Jiwa…
                                                                                                                                                             240810 - 1213am (SC)

PiCiSaN HatI...

Hampir sebulan lebih aku di sini...
mengajar dan berkhidmat di tempat yang jauh dari apa yang aku bayangkan...
alhamdulillah..aku semakin dapat menerima apa yang ditakdirkan untukku kini...
inilah yang terbaik ingin Allah aturkan untukku...
hikmah yang tak bisa aku huraikan...

ragam murid, ragam guru, ragam orang kampung, ragam staf n suasana sekeliling..
sumanya menggamit aku untuk cuba menghayati erti kesusahan dan kepayahan mereka2 yang ada di sini untuk menghargai apa yang aku miliki di luar sana...
kedaifan dan ketinggalan mereka dalam kemajuan mahupun pendidikan membuatkan aku akur akan kesenangan masyarakat bandar di luar sana yang mudah untuk belajar...
pelbagai kemudahan di luar sana senang dimiliki namun tidak di sini...
namun, kadangkala pemikiran mereka tertutup dek kejutan dari luar yang mereka alami...

bimbang menguasai diri tatkala aku cuba bertindak sendirian...
ada mata-mata yang memandang dan cuba menegur...
aku harus sentiasa berwaspada terhadap apa jua yang berlaku kelak...
segalanya aku bahagia kini...
bebanan tugas yang kadangkala mengganggu kewarasan emosiku turut aku ketepikan..
sumanya demi tugas yang aku galas kini...
bukan mudah menjadi seorang guru...
besar tanggungjawab yang aku pikul untuk menjadikan seorang insan...

dgn ragam anak-anakku yang setiap hari benar-benar mencabar tahap kesabaranku..
kadangkala aku letih untuk menghadap benda yang sama...
bermain dgn emosi hampir setiap hari..
berdepan dgn kenyataan aku kini guru yang berdiri di hadapan anak muridku..
sumanya menuntut perhatian dariku..
andai aku tidak sabar, pasti mereka akan jadi habuanku utk melepaskan apa yang terbuku..
Ya Allah..pimpinlah aku...
sabarkan aku n tabahkan aku untuk menghadapi suma ni...

Kini aku bergelar guru..
hampir 2minggu aku di sini..
pendalaman tahap 3, paling dalam antara yg lain2.
Subhanallah..Maha Suci Allah yang mengirimkan aku ke tempat sebegini..pasti ada hikmat tersembunyi yg ingin Dia aturkan untukku..
sepanjang di cni hanya mesej2 n pesanan2 yg menjadi pengubat kerinduan di saat2 aku lemas dgn emosi yg tidak menentu..

Dari sahabat yg paling aku syg : SALEHA...
 -Anak..Allah dah aturkan tempat yang terbaik utk kita semua...mungkin apa yg diaturnya xtercapai di pikiran kita skrg t...anak redhakan hati k, pikir yg positif je anak...honestly, hg beruntung t...dpt berkhidmat ke sana..Allah Maha Mengetahui anak...rileks k....

-Be an honest, sincere, responsible, n knowledgeable TEACHER...May Allah bless u with the strengh n guidance. All the best 2 u shima...

 Dari Yana:
-Anyway gud luck tuk akak kat sana nnti...jg dri elok2 tau. besar pahala akak ajar dak2 sana yg memang memerlukan pendidikan yg lebih baik.

Dari Faiz :
-All the best n be strong...

Dari adikku Kak Cik :
-Ngah...cik doakan mu slmt ngajar n idup kat sana..cik syg ngah..

Dari Zamir :
- Taun depan balik kak suzu dah reserve tpt ko utk kjdr..ala..jap je tu..tau2 nnt da dpt tukar balik cni...ok, jaga dri leklok kat sana.,..

Dari Diana :
- K ma, kamu jg dri..moga2 apa yg tlh ditentukan ini ada hikmah yg terbaik tuk kita.. moga kamu dpt sesuaikan diri d tpt org..Nway, ol d besh 2 cikgu shima..b a great teacher k..olwez keep in touch k..smoga ma dilindungi di bwh lembayung kebesaranNya..slmt bertugas d perantauan ma...

- Amin...ma, jgn nangis ea..Di tau kwn Di yg bernama Shima ni kuat n tabah orangnya..k ma, pjg umur kta jumpa lagi..slm syg drpd kami..

Dari Lect (Puan Norzaini):
- Allah sentiasa bersamamu.kita sama2 doakan. beri alamat penuh supaya boleh terus berhubung. dapatkan maklumat telefin satelit.selamat bertugas dan mnimba ilmu dan pengalaman.

Dari Lect (Puan Hafeza):
-Ya saya halalkan..sy juga mohon maaf andai ada terslh kata terguris rasa. sahutlah cabaran mngajar d pdlaman kumpul sbrapa byk pengalaman d sana. andai satu hari nnt bergelar pensyarah byk yg dpt dikongsi. slmt berkhidmat sbgi pndidik, jg dri baik2..

Dari abg Basha:
-alhamdulillah...Tabahkan hati dlm menjlnkn tugas seorg guru. Allah ada di sisi kita..

Dari Abg Hatta:
- Alhamdulillah..tahniah ya. slmt berjuang adikku. jg solat dan bc quran n matuhrat selalu..jgn sedih ya..anggap ini Takdir terindah tuk shima ya.Gambate dan cahiyok2...bertepatan dgn laungan u r the best3x...

yang latest : Dari sahabat lamaku (Raihan)

once u choose ur path it's mean hg dh bersedia melalui jalan tersebut...

and as a teacher, yg penting niat utk menyampaikan ilmu kpd anak2 bangsa dgn seikhlasnya..
yg paling penting kerjaya sbg guru tinggi martabatnya and bukan calang2 org yg mampu mnjadi seorang pendidik..dan hang antara org2 terpilih utk mnjadi pendidik...
insyaAllah lama2 hg akan biasakan diri dgn keadaan persekitaran ok...
all the best dear

Posting....

PoStIng...

melalui saat-saat sukar dlm hidup..
posting kat pendalaman tahap 3..
xder line tepon mahupun tenet..
pertama kali aku naik flight dari KLIA ke Miri..
sampai kat Miri naik 4 wheels dkt 2 jam ikut laluan bukit bukau, tanah merah, cerun curam, tukar 2 kali nek feri...bukan takat nak keluar isi perut..1 kepala otak aku bergegar teruk..subhanallah..Maha suciNya yang mengirimkan aku ke tpt sebegini...

jika aku tersungkur di sini...aku xterkilan..
aku harapkan ketabahan dan tahap kesabaranku kekal bertahan..
semoga aku sentiasa dlmn rahmat-Mu Ya Tuhan..


Kami dilahirkan bersama...
Membesar bersama..
Jerih payah tempuh dugaan kami bersama..
Dihina dikeji pun kami bersama...
Riang gembira kami bersama..
Suka duka kami tetap bersama...
Konflik timbul diatasi bersama...
Tiada istilah di adik tirikan...
Segalanya kami bersama..
Menjadi kebanggaan bagi kami bersama,
Pabila kelas lain mencemburui kami
Sehati sejiwa sehati berdansa di pentas prasekolah

Bakal-bakal cikgu cikgi Prasekolah
Sekepala yang riuh rendah
Sehati yang tiada resah
Sejiwa yang tiada gundah
Sekasih yang tinggi menggunung
Sesayang yang kian mendakap jauh ke setiap dasar hati kami.

~SEMUSIM BERSAMA...SEABAD TERASA~


Sekali lagi perkara yang sama berlaku... Aku kebuntuan...
Bukan perkara gembira yang mengasak, hati terasa seperti disiat-siat...
Seolah belati tajam yang menusuk jauh ke tangkai hati
Bukan dari orang yang sama, tapi orang berbeza..

Natijahnya aku yang tanggung sendirian.
Mereka tak memahami...
Bukan aku membenci tapi aku tak punya hati kini.

Sekali lagi aku melukai sekeping hati yang mendambakan cinta suci..
Maaf, aku tak mampu memberi.
Jangan cepat melatah berjanji jika kau sendiri tidak pasti...
Penantian kalian hanya sia-sia
Aku bukan cagaran cinta kalian..
Bukan juga dewi yang layak disanjung setinggi impian
Kerna aku hanya insan biasa..
Yang masih tercari-cari kasih luar biasa.

~ Dilukai sangat pedih..kesannya sedalam hati yang tertanam jauh ke dasar Bumi...
   Aku tak mampu memberi kini..~

LaMaRan SePI...



Dilamar? Memang membuatkan aku jadi se`GELABAH` macam labah-labah terlekat kat sarang sendiri.

Kadang-kadang sakit kepala bila aku rasa tahap adrenalin mula berasak-asak.

Serius ke dia...atau sekadar nak menguji tahap KEgelabahAN aku sekali lagi?

Yang pasti aku punya keluarga.

Masih kepunyaan keluarga.

Jadi tanyalah pada orang yang lebih berhak.

Untuk ketika ini, aku punya keutamaan pada diri aku sendiri.

Titik. Noktah. Fullstop.


~ Semoga dia memahami~

Terima kasih sahabat~

Di saat saya kebuntuan, rawan...
Dan hati yang keluh kesah..
Kalian sudi mendengar rintihan yang ntah apa2..
Sehinggakan saya rasa kekosongan sementara itu terisi sepenuhnya..
Walaupun sebentar cuma namun ianya cukup bermakna..

Terima kasih sahabatku ~

Untuk Art da Ice n Cadburry_04(Hana Tomey)...
Kalian telah memberikan senyuman padaku di saat aku memerlukan...

Ana Aidhan Uhubbuki Fillah Abadan Abada Ya Ukhti :)

Kenyataan yang sangat dramatis...
Yup memang benar. Orang akan belajar menghargai sesuatu bila dia tidak lagi memiliki sesuatu itu.
Sesuatu yang dulu dirasakan tidak penting pabila menginjak pergi darinya barulah dia akan mula terasa kepentingan benda itu...
Huh! Jangan dikesali apa yang telah pergi. Kerna kita diberi cukup peluang untuk belajar menghargai apa yang kita miliki kini.

Jika kau tanya aku? Jawabnya aku memiliki apa yang kau tak hargai. Namun selama mana aku tak pasti kerna aku takut kehilangan apa yang aku miliki kini. RASA...RASA itu jangan kau biarkan pergi dari hati ini. Aku takut bila RASA itu pergi ia takkan kembali lagi. Dan ketika itu jangan kau kesali kenapa aku tidak memiliki RASA itu lagi...

Jawapannyatidak pada aku tapi ada pada kau...

Penat...

Penat betul.
Dua hari berkampung di Sekolah.
Kendalikan Perkhemahan Kelab Dr. Muda sepenuhnya.
Seolah-olah aku ini Program Coordinator, padahal ramai lagi guru lain.

Puas. Penatku berbaloi.
Mau qada` tidoq yang tak kecukupan.
Esok mau mengaja lagik. Aduyaiiii..ketensenan.
Agak terbeban dengan mental dan badan yang keletihan.

~Indahnya dunia jika GB bagi cuti sehari~ Grrrr...

Usai solat Isya` ditunaikan pula solat sunat yang lain. Sujudnya lama... Aku yang curi-curi melihat dari kedudukan baring terus mengiring membelakanginya. Tidak mahu dia sedar yang dia diperhatikan. Resah aku menanti dalam diam di pembaringan. Jarum masa menginjak ke angka 2.30 pagi. "Tak tidur ke dia?" soalku.Dia kini menadah tangan memohon sesuatu dari Yang Esa. Panjang. Cukup lama. Kedengaran sendu-sendu bertaut bersama hatinya yang kutahu sungguh rawan. Tanpa sedar manik-manik kaca mula bergenang di kolam mataku.
"Ya Allah, tabahkan hatinya. Jika ini ujian yang ditakdirkan untuknya kuatkan hatinya menghadapi ujian dari-Mu. Kerna kutahu ujian yang ditakdirkan mampu dihadapi oleh hamba-Mu dan sesungguhnya akan datang yang lebih baik di sebalik apa yang berlaku..." doaku dalam hati.
Hari ini dia melangkah longlai ke sekolah. Pulang dari sekolah aku menerima mesej darinya.
"Shima, Zu kat Hospital Selayang. Zu kena tahan wad." Debaran di dadaku semakin bergolak kencang.

"Cikgu shima! Cikgu! Cikgu!"

Rancak aku menulis sesuatu di folio Persediaan Mengajarku. Selagi aku tidak menoleh selagi itulah aku akan diasak dengan persoalan anak-anak kecil ini.

"Cikgu, tengoklah saya..."

Wajahku angkat, meneliti seluruh raut anak kecil yang bermulut becok dan bijak berkata-kata ini.

"Semalam kan, mak saya..." (Mirrah)

Berlari-lari yang lain menerpa ke arahku.

"Cikgu, semalam saya pun..." (Shafika)

"Saya punya lagi best Cikgu..." (Haziq)

"Eleh, semalam kami kan..." (Ammar)

"Cikgu ada satu, mulut kamu ada banyak. Mana satu Cikgu nak dengar?"... Senyum bertaut di bibirku.

Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal, Mirrah menggigit jari menahan malu, Shafika tersipu-sipu.

Kerenah mereka membuatkan aku mampu tersenyum walau diasak dengan pelbagai aduan dan pertanyaan yang kadangkala tak terfikir oleh akal dewasaku...

~ Seronoknya jadi Cikgu! ~ (^_^)

"Kenapa orang susah nak percaya ngan kiter?"

entry si dia...

jawapan aku?

sebab kita tak bagi orang lain memahami kita!!!

titik. noktah. fullstop!

sampai satu masa kesabaranku senipis kulit bawang...

Berikut disenaraikan 12 barisan utama yang akan disusun ketika di hari kebangkitan kelak..Padang Mahsyar...

PiLihLah BariSan MaNa YanG KitA Ingini...



Barisan pertama:Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".



Barisan ke-2:Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.



Barisan ke-3:Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.



Barisan ke-4:Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.



Barisan ke-5:Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat . Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy!Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orangyang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

KOSONG


Rawan aku…
Jiwa terasa dihiris, disiat-siat hingga lumat
Di mana kebenaran dan kepastian yang kucari selama ini?
Sampai bila aku harus menanti?
Menaruh harapan yang belum pasti akan ada kesudahan

Memahami bukan seindah memiliki
Memiliki tak bermakna aku memahami
Andai masa bisa diputar semula
Tak mungkin aku merelakan apa yang terjadi kini
Namun kucuba tabahkan hati
Kerna di sebalik kekecewaan pasti terselit kemanisan

Ya Tuhan…
Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku
Satukan hatinya dengan hatiku
Jangan Kau titipkan kegundahan di jiwa kami
Tatkala hati dicengkam rindu

Jika dia bukan untukku
Kau jauhkanlah rindu dan rasa ini
Agar tidak kami saling mengharapkan
Dan terluka andai ikatan ini bakal mengundang kekecewaan
Peliharalah hati kami dari sebarang syak dan sangka
Yang bakal menggugat keindahan cinta ini
Yang bisa merobohkan tembok kasih kami
Lalu berguguranlah satu persatu dedaunan rindu
Berderailah serpihan-serpihan gelora kasih
Retak menjadi dendam seribu


Aku cuba menjadi penunggu setia
Kerna kutahu setiap kesabaranku akan berbalas
Walau dengan titipan kekecewaan mahupun kemanisan
Rela kupujuk hati yang jauh di puncak pilu
Resah dan gelisah di lubuk hati
Bagaikan satu petanda yang kunjung mendung menikam hati ini
Berdebar rasa hatiku menanti apa sudahnya…

Kucuba terus memujuk hati
Mencari kepastian di sebalik rawan jiwa ini
Ke mana hilangnya seri kasih abadi

Pertama kali kumerasa
Hancurkanlah sengketa yang kian menjelma
Semakin kuhulur kasihku…semakin hatimu menjauh
Begitu mulanya tafsiran cintamu
Memaksaku kuberkorban segalanya
Salahkah untukku meluahkan rasa
Kasih yang selama ini setia tidak bermakna…

Nukilan Rasa : Jiwa Lara SHiM@ (Jumaat 03/07/09) 1.39pm IPGM KBM, KL

Siapa sekarang di hatimu?
Tersepit antara ruang-ruang jiwa, ketandusan rasa, hilang nyawa…
Rawan hati, buntu, kosong…
Antara kemahuan dan kehendak
Yang mana harus diutamakan…
Yang mana bisa didahulukan…
Jika bisa ketemu jawapan, pasti akan ada jalan
Soalnya hati sukar dimengerti
Apa yang terjadi di luar batasan diri
Datang tanpa diundang, pergi tidak dihalang
Antara kecewa, memendam rasa…
Atau biarkan saja hati ini berbicara?...

2015hrs : Sunday Nyte…

S.E.P.I

Diam..
Lama aku menyepi
Rindu untuk 0n9? Langsung tiada rasa itu...
Ntah.
Terkadang rawan hati semakin tak keruan
Jiwa semakin lara? Tidak juga...
Tapi kosong...ya, rasa itu yang membelenggu
Sekeliling penuh gelak tawa
Namun aku berpura semata
Sampai bila?

~ Lawanlah kesepian itu selagi termampu~

About Me

My photo
TaiPiNG, PeRaK, Malaysia
shima_smiley@yahoo.com (^_^)

AkU SeNdiRi...

Kita takkan mengetahui selembut mana erti kasih jika tidak terlebih dahulu disanggah kebencian... Hidup adalah satu perlawanan simbiosis yang punya rahsia yang sukar untuk tersingkap manfaatnya kecuali oleh mereka yang tahu menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah Yang Maha Kuasa...(^_^)

PeMinaT KeSaYaNgaN...

JoM BoRak2...

There was an error in this gadget