ALLAH S.W.T mengurniakan kebaikan kepada orang yang berpuasa...

  1. TIDUR orang berpuasa ketika berbalik badan menyebut nama ALLAH, berkata Malaikat:(ALLAH mencucuri rahmat untukmu)
  2. Ketika BERDIRI, hamparan berkata : (Ya ALLAH, kurniakanlah padanya hamparan permaidani syurga)
  3. Ketika MEMAKAI PAKAIAN, pakaian berkata: (Ya ALLAH, kurniakan padanya pakaian syurga)
  4. Ketika MEMAKAI KASUT, doa kasut: (Ya ALLAH, tetapkanlah kakinya di atas titian Siratul Mustaqim)
  5. Ketika MANDI, timba berdoa: (Ya ALLAH, kurnikan padanya gelas syurga)
  6. Ketika BERWUDUK, air berdoa: (Ya ALLAH, sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan)
  7. Ketika SOLAT, berdoa rumahnya: (Ya ALLAH, cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah kuburnya)

Semoga aku tergolong golongan yang rajin berpuasa~
sebelum aku dipuasakan...

Kata indah dan manis hanya tuturan manusia
Yang di mata hanya memandang keindahan semata
Tapi tidak kegersangan dan keriuhan sekeping hati nan lara
Yang sering mendambakan kesempurnaan hingga kekadang ia terlupa
Keunikan ciptaan TUHAN

Manusia insan setia, jujur dan ikhlas
Hanya ditindas umpama silam lepas
Sayangilah sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan
Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan
Rinduilah kedua-duanya kerana ia rahmat TUHAN

Derita Hati : Selasa (16/08/2005)

Powered By Blogger

About Me

My photo
TaiPiNG, PeRaK, Malaysia
shima_smiley@yahoo.com (^_^)

AkU SeNdiRi...

Kita takkan mengetahui selembut mana erti kasih jika tidak terlebih dahulu disanggah kebencian... Hidup adalah satu perlawanan simbiosis yang punya rahsia yang sukar untuk tersingkap manfaatnya kecuali oleh mereka yang tahu menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah Yang Maha Kuasa...(^_^)

PeMinaT KeSaYaNgaN...

JoM BoRak2...

My Blog List