Kata indah dan manis hanya tuturan manusia
Yang di mata hanya memandang keindahan semata
Tapi tidak kegersangan dan keriuhan sekeping hati nan lara
Yang sering mendambakan kesempurnaan hingga kekadang ia terlupa
Keunikan ciptaan TUHAN

Manusia insan setia, jujur dan ikhlas
Hanya ditindas umpama silam lepas
Sayangilah sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan
Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan
Rinduilah kedua-duanya kerana ia rahmat TUHAN

Derita Hati : Selasa (16/08/2005)