Kami dilahirkan bersama...
Membesar bersama..
Jerih payah tempuh dugaan kami bersama..
Dihina dikeji pun kami bersama...
Riang gembira kami bersama..
Suka duka kami tetap bersama...
Konflik timbul diatasi bersama...
Tiada istilah di adik tirikan...
Segalanya kami bersama..
Menjadi kebanggaan bagi kami bersama,
Pabila kelas lain mencemburui kami
Sehati sejiwa sehati berdansa di pentas prasekolah

Bakal-bakal cikgu cikgi Prasekolah
Sekepala yang riuh rendah
Sehati yang tiada resah
Sejiwa yang tiada gundah
Sekasih yang tinggi menggunung
Sesayang yang kian mendakap jauh ke setiap dasar hati kami.

~SEMUSIM BERSAMA...SEABAD TERASA~


Sekali lagi perkara yang sama berlaku... Aku kebuntuan...
Bukan perkara gembira yang mengasak, hati terasa seperti disiat-siat...
Seolah belati tajam yang menusuk jauh ke tangkai hati
Bukan dari orang yang sama, tapi orang berbeza..

Natijahnya aku yang tanggung sendirian.
Mereka tak memahami...
Bukan aku membenci tapi aku tak punya hati kini.

Sekali lagi aku melukai sekeping hati yang mendambakan cinta suci..
Maaf, aku tak mampu memberi.
Jangan cepat melatah berjanji jika kau sendiri tidak pasti...
Penantian kalian hanya sia-sia
Aku bukan cagaran cinta kalian..
Bukan juga dewi yang layak disanjung setinggi impian
Kerna aku hanya insan biasa..
Yang masih tercari-cari kasih luar biasa.

~ Dilukai sangat pedih..kesannya sedalam hati yang tertanam jauh ke dasar Bumi...
   Aku tak mampu memberi kini..~

LaMaRan SePI...



Dilamar? Memang membuatkan aku jadi se`GELABAH` macam labah-labah terlekat kat sarang sendiri.

Kadang-kadang sakit kepala bila aku rasa tahap adrenalin mula berasak-asak.

Serius ke dia...atau sekadar nak menguji tahap KEgelabahAN aku sekali lagi?

Yang pasti aku punya keluarga.

Masih kepunyaan keluarga.

Jadi tanyalah pada orang yang lebih berhak.

Untuk ketika ini, aku punya keutamaan pada diri aku sendiri.

Titik. Noktah. Fullstop.


~ Semoga dia memahami~

Terima kasih sahabat~

Di saat saya kebuntuan, rawan...
Dan hati yang keluh kesah..
Kalian sudi mendengar rintihan yang ntah apa2..
Sehinggakan saya rasa kekosongan sementara itu terisi sepenuhnya..
Walaupun sebentar cuma namun ianya cukup bermakna..

Terima kasih sahabatku ~

Untuk Art da Ice n Cadburry_04(Hana Tomey)...
Kalian telah memberikan senyuman padaku di saat aku memerlukan...

Ana Aidhan Uhubbuki Fillah Abadan Abada Ya Ukhti :)

Kenyataan yang sangat dramatis...
Yup memang benar. Orang akan belajar menghargai sesuatu bila dia tidak lagi memiliki sesuatu itu.
Sesuatu yang dulu dirasakan tidak penting pabila menginjak pergi darinya barulah dia akan mula terasa kepentingan benda itu...
Huh! Jangan dikesali apa yang telah pergi. Kerna kita diberi cukup peluang untuk belajar menghargai apa yang kita miliki kini.

Jika kau tanya aku? Jawabnya aku memiliki apa yang kau tak hargai. Namun selama mana aku tak pasti kerna aku takut kehilangan apa yang aku miliki kini. RASA...RASA itu jangan kau biarkan pergi dari hati ini. Aku takut bila RASA itu pergi ia takkan kembali lagi. Dan ketika itu jangan kau kesali kenapa aku tidak memiliki RASA itu lagi...

Jawapannyatidak pada aku tapi ada pada kau...

Penat...

Penat betul.
Dua hari berkampung di Sekolah.
Kendalikan Perkhemahan Kelab Dr. Muda sepenuhnya.
Seolah-olah aku ini Program Coordinator, padahal ramai lagi guru lain.

Puas. Penatku berbaloi.
Mau qada` tidoq yang tak kecukupan.
Esok mau mengaja lagik. Aduyaiiii..ketensenan.
Agak terbeban dengan mental dan badan yang keletihan.

~Indahnya dunia jika GB bagi cuti sehari~ Grrrr...

Usai solat Isya` ditunaikan pula solat sunat yang lain. Sujudnya lama... Aku yang curi-curi melihat dari kedudukan baring terus mengiring membelakanginya. Tidak mahu dia sedar yang dia diperhatikan. Resah aku menanti dalam diam di pembaringan. Jarum masa menginjak ke angka 2.30 pagi. "Tak tidur ke dia?" soalku.Dia kini menadah tangan memohon sesuatu dari Yang Esa. Panjang. Cukup lama. Kedengaran sendu-sendu bertaut bersama hatinya yang kutahu sungguh rawan. Tanpa sedar manik-manik kaca mula bergenang di kolam mataku.
"Ya Allah, tabahkan hatinya. Jika ini ujian yang ditakdirkan untuknya kuatkan hatinya menghadapi ujian dari-Mu. Kerna kutahu ujian yang ditakdirkan mampu dihadapi oleh hamba-Mu dan sesungguhnya akan datang yang lebih baik di sebalik apa yang berlaku..." doaku dalam hati.
Hari ini dia melangkah longlai ke sekolah. Pulang dari sekolah aku menerima mesej darinya.
"Shima, Zu kat Hospital Selayang. Zu kena tahan wad." Debaran di dadaku semakin bergolak kencang.

"Cikgu shima! Cikgu! Cikgu!"

Rancak aku menulis sesuatu di folio Persediaan Mengajarku. Selagi aku tidak menoleh selagi itulah aku akan diasak dengan persoalan anak-anak kecil ini.

"Cikgu, tengoklah saya..."

Wajahku angkat, meneliti seluruh raut anak kecil yang bermulut becok dan bijak berkata-kata ini.

"Semalam kan, mak saya..." (Mirrah)

Berlari-lari yang lain menerpa ke arahku.

"Cikgu, semalam saya pun..." (Shafika)

"Saya punya lagi best Cikgu..." (Haziq)

"Eleh, semalam kami kan..." (Ammar)

"Cikgu ada satu, mulut kamu ada banyak. Mana satu Cikgu nak dengar?"... Senyum bertaut di bibirku.

Haziq menggaru kepalanya yang tidak gatal, Mirrah menggigit jari menahan malu, Shafika tersipu-sipu.

Kerenah mereka membuatkan aku mampu tersenyum walau diasak dengan pelbagai aduan dan pertanyaan yang kadangkala tak terfikir oleh akal dewasaku...

~ Seronoknya jadi Cikgu! ~ (^_^)

"Kenapa orang susah nak percaya ngan kiter?"

entry si dia...

jawapan aku?

sebab kita tak bagi orang lain memahami kita!!!

titik. noktah. fullstop!

sampai satu masa kesabaranku senipis kulit bawang...

Berikut disenaraikan 12 barisan utama yang akan disusun ketika di hari kebangkitan kelak..Padang Mahsyar...

PiLihLah BariSan MaNa YanG KitA Ingini...



Barisan pertama:Di iringi dari kubur dlm keadaan tidak bertangan & berkaki . keadaan ini dijelaskan melalui seruan Allah S.W.T :"Mereka orang2 yg menyakiti hati jiran sewaktu hidup mereka. Mereka yg sombong & tidak berbuat kebaikan kepada jiran tetangga akan mendapat kehinaan didunia maupun di akhirat".Firman Allah 'aku akan memalingkan hati orang yg sombong serta takbur di muka bumi ini dengan tiada alasan yg benar dari (memahami) ayat2 ku(yg menunjukkan kekuasaan ku),itulah balasan & tempat kembali mereka adalah neraka".



Barisan ke-2:Di iringi dari kubur dlm bentuk babi hutan datang seruan Allah"mereka orang yg meringan2kan solat sewaktu hidup,sesungguhnya orang yg memelihara solat 5 waktu akan dihindari dari siksa kubur sebaliknya, mereka yg mengabaikan maka waktu dia mati, Mayatnya akan dihimpit oleh liang lahat sehingga berselisih tulang rusuk."Rasulullah saw bersabda "sesungguhnya seorang hamba apabila dia berdiri untuk bersolat,maka di letakkan semua dosanya di atas kepala & kedua2 bahunya, maka setiap kali dia rukuk atau sujud, berjatuhanlah dosa2 itu.



Barisan ke-3:Di iringi dari kubur dgn bentuk keldai & perut penuh ular serta kala jengking"mereka adalah orang yg enggan membayar zakat ketika hidupnya walaupun pada ketika itu mereka tergolong dlm orang yg berkemampuan.Inilah balasannya & tempat kembali mereka adalah neraka.



Barisan ke-4:Diiringi dari kubur dlm keadaan darah memancut keluar dari mulut"Mereka adalah antara orang yg suka berdusta ketika berjual beli. Berniagalah dengan jujur serta amanah agar hasil yg diperoleh datang dari sumber yg halal.



Barisan ke-5:Diiringi dari kubur dalam keadaan berbau busuk seperti bangkai ketika itu Allah menurunkan angin sehingga bau busuk itu menganggu ketenteraman padang mahsyar"Mereka ini adalah orang yang menyembunyikan perlakuan derhaka, takut diketahui oleh manusia tetapi tidak pula takut kepada Allah. inilah balasannya & tempat mereka juga adalah neraka.

Barisan ke-6:Diiringi dari kubur dengan keadaan kepala terputus dari badan mereka adalah orang yg dahulunya menjadi saksi palsu.

Barisan ke-7:Diiringi dari kubur tanpa lidah tetapi mengalir darah & nanah dari mulut mereka. Me reka ini adalah orang yg enggan memberi kesaksian kebenaran.

Barisan ke-8:Diiringi dari kubur dlm keadaan terbalik,kepala kebawah & kaki ke atas. M ereka adalah orang yg melakukan zina.Tempat mereka juga adalah di neraka. Sabda rasulullah "tiada bersunyi2an antara seorang lelaki & wanita,melainkan wujudnya syaitan sebagai orang ketiga antara mereka".

Barisan ke-9:Diiringi dari kubur dengan wajah hitam & bermata biru, sementara dlm diri mereka penuh dengan api gemuruh mereka adalah orang yg makan harta anak yatim dengan cara yang tidak sepatutnya.

Barisan ke-10:Diiringi dari kubur dlm keadaan tubuh berpenyakit sopak & dipenuhi kusta. M ereka ini adalah orang yg derhaka kepada ibu bapa sewaktu hidupnya.

Barisan ke-11:Diiringi dari kubur dlm keadaan buta,gigi panjang seperti tanduk lembu jantan,bibir terjuih hingga ke dada & lidah terjulur hingga ke perut serta keluar pelbagai kotoran yg menjijikkan.Mereka ini adalah orang yg minum arak sewaktu hidupnya.

Barisan ke-12:Diiringi dari kubur dengan wajah bersinar2 seperti bulan purnama. mereka melalui titian Siratulmustakim seperti kilat.Datang suara dari sisi Allah yang memaklumkan "mereka semasa hidupnya adalah orang yg beramal salih & melakukan kebaikan.Mereka juga menjauhi perbuatan derhaka, memelihara solat lima waktu & meninggalkan dunia dalam keadaan bertaubat.Inilah balasan mereka & tempat kembali mereka adalah syurga, beroleh keampunan, kasih sayang & keredhaan Allah S.W.T"

Pada hari kiamat akan keluar seekor binatang dari neraka jahanam yang bernama 'Huraisy' berasal dari anak kala jengking. Besarnya Huraisy ini dari timur hingga ke barat . Panjangnya pula seperti jarak langit dan bumi. Malaikat Jibril bertanya : 'Hai Huraisy!Engkau hendak ke mana dan siapa yang kau cari?' Huraisy pun menjawab, 'Aku mahu mencari lima orang.'

'Pertama, orang yang meninggalkan sembahyang.
Kedua, orangyang tidak mahu keluarkan zakat.
Ketiga, orang yang derhaka kepada ibu bapanya.
Keempat, orang yang bercakap tentang dunia di dalam masjid.
Kelima, orang yang suka minum arak.'

KOSONG


Rawan aku…
Jiwa terasa dihiris, disiat-siat hingga lumat
Di mana kebenaran dan kepastian yang kucari selama ini?
Sampai bila aku harus menanti?
Menaruh harapan yang belum pasti akan ada kesudahan

Memahami bukan seindah memiliki
Memiliki tak bermakna aku memahami
Andai masa bisa diputar semula
Tak mungkin aku merelakan apa yang terjadi kini
Namun kucuba tabahkan hati
Kerna di sebalik kekecewaan pasti terselit kemanisan

Ya Tuhan…
Seandainya telah Kau takdirkan dia milikku
Satukan hatinya dengan hatiku
Jangan Kau titipkan kegundahan di jiwa kami
Tatkala hati dicengkam rindu

Jika dia bukan untukku
Kau jauhkanlah rindu dan rasa ini
Agar tidak kami saling mengharapkan
Dan terluka andai ikatan ini bakal mengundang kekecewaan
Peliharalah hati kami dari sebarang syak dan sangka
Yang bakal menggugat keindahan cinta ini
Yang bisa merobohkan tembok kasih kami
Lalu berguguranlah satu persatu dedaunan rindu
Berderailah serpihan-serpihan gelora kasih
Retak menjadi dendam seribu


Aku cuba menjadi penunggu setia
Kerna kutahu setiap kesabaranku akan berbalas
Walau dengan titipan kekecewaan mahupun kemanisan
Rela kupujuk hati yang jauh di puncak pilu
Resah dan gelisah di lubuk hati
Bagaikan satu petanda yang kunjung mendung menikam hati ini
Berdebar rasa hatiku menanti apa sudahnya…

Kucuba terus memujuk hati
Mencari kepastian di sebalik rawan jiwa ini
Ke mana hilangnya seri kasih abadi

Pertama kali kumerasa
Hancurkanlah sengketa yang kian menjelma
Semakin kuhulur kasihku…semakin hatimu menjauh
Begitu mulanya tafsiran cintamu
Memaksaku kuberkorban segalanya
Salahkah untukku meluahkan rasa
Kasih yang selama ini setia tidak bermakna…

Nukilan Rasa : Jiwa Lara SHiM@ (Jumaat 03/07/09) 1.39pm IPGM KBM, KL

Siapa sekarang di hatimu?
Tersepit antara ruang-ruang jiwa, ketandusan rasa, hilang nyawa…
Rawan hati, buntu, kosong…
Antara kemahuan dan kehendak
Yang mana harus diutamakan…
Yang mana bisa didahulukan…
Jika bisa ketemu jawapan, pasti akan ada jalan
Soalnya hati sukar dimengerti
Apa yang terjadi di luar batasan diri
Datang tanpa diundang, pergi tidak dihalang
Antara kecewa, memendam rasa…
Atau biarkan saja hati ini berbicara?...

2015hrs : Sunday Nyte…

S.E.P.I

Diam..
Lama aku menyepi
Rindu untuk 0n9? Langsung tiada rasa itu...
Ntah.
Terkadang rawan hati semakin tak keruan
Jiwa semakin lara? Tidak juga...
Tapi kosong...ya, rasa itu yang membelenggu
Sekeliling penuh gelak tawa
Namun aku berpura semata
Sampai bila?

~ Lawanlah kesepian itu selagi termampu~

Alhamdulillah... ungkapan pertama yg kluar dari mulutku dan rakan-rakan apabila kami mendapat berita bahawa MQA (Malaysian Qualifications Agency) telahpun meluluskan Program Ijazah Sarjana Muda Keguruan Pendidikan Prasekolah dengan jayanya.


It means kami bakal2 guru prasekolah ni dah sah dapat degree...huhuhu..blaja 5 tahun setengah tuh..kalu xlulus, mau gaji tahap lepasan SPM jer..sia2 blaja bertaun2 dowh... Trimas buat rakan2 dari IPGM Tengku Bainon yg telah menyelamatkan rakan2 dari IPGM lain. Semoga kita semua akan menjadi guru prasekolah yg cemerlang, dedikasi n komited dgn kanak-kanak...

~ Aku bangga jadik guru Prasekolah (Pendidikan Awal Kanak-kanak) ~


Di antara kekasih pilihan di hati
Punyai budi penghias diri
Wajahnya lembut biasan pekerti yang tinggi
Indahnya perhiasan duniawi

Di antara diriku juga dirimu
Hanya mengharap cinta yang Satu
Ku binakan mahligai impianmu
Oh sayang ikhlaskanlah hatimu

Malumu bernilai
Katamu berhikmah
Hatimu tulus suci dan murni
Hanya diri yang halal
Engkau serahkan segala
Untuk mencari redha Illahi

Benarlah cinta buta melalaikan
Tanpa memikirkan batas syariatnya
Semuanya itu hanya ujian di dunia
Ia adalah mahar untuk kita ke syurga

Oh.. Kau Permaisuri di hatiku
Di dunia ini engkau penghibur
Menjunjung kasih amanah Illahi
Ku pasti akan terus menyayangi

Terima kasih ucapan ku beri
Kau hadiahkan ku cahaya hati
Ku pimpin tanganmu oh kasih meniti hari
Semoga kita dapat bersama
Sampai kepadaNya di syurga sana

Tuhan kekalkanlah
Permaisuri hatiku
Untuk menemani dalam menggapai cinta-Mu


Lagu & Lirik : Abai Os
Hijjaz Records Sdn.Bhd.




1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh, melaksanakan sholat sunah dan
sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah. Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN
Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari khamis atau Jumaat beliau mencuci rambut-rambut
halus di pipi, selalu memotong kuku, bersisir dan berminyak wangi..
"Mandi pada hari Jumaat adalah wajib bagi setiap orang-orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan memakai harum-haruman"(HR Muslim)

3.TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN
Sabda Rasul :
"Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk 3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI
Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad, mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki, keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH
Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini menunujukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh kebersihan dan kesehatan jiwa. Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA
Sikap optimis akan memberikan dampak psikologi yang mendalam bagi kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras, serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI
Untuk menjaga stabilitas hati & kesihatan jiwa, mentaliti maka menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

::Ya Allah,bersihkanlah hatiku dari sifat sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

Kisah pertama...

Niat di hati nak tepon mak n wish "Selamat Hari Ibu" malamnya. Tapi lepas maghrib mak yang kol dulu n tanya kabare anak dia yang jauh di mata nih...Terharu n jadik touching gler sebab mak kol. Mak tanya kabare, dah makan blom, watpe...? Abis mukadimah, mak senyap. Aku pon senyap...Beberapa detik, sepi menguasai perbualan aku dgn mak di tepon.

Tiba-tiba mulutku tercakap.."Mak...Selamat Hari Ibu. Kak ngah saaaaaayannnng mak sangat2. Terima kasih utk segalanya yang mak bagi kat Kak ngah selama ni...Kak ngah takder hadiah ape nak kasi kat mak..." bergenang di kelopak mata menanti titis-titis air yang bakal turun bila-bila masa je. Kalau aku balik kpg, mak akan terpa n peluk cium aku puas-puas. Tapi mak tak der depan mata skrg...Kebetulan aku di hadapan cermin surau KL Sentral. Semua muslimah yang berada di situ mendiamkan diri melihat keadaanku ketika berbual dgn mak.

Mak membalas.."Hmm..nila yang mak tunggu. Kak Ngah ucap pun. Mak tak nak ape-ape hadiah. Yang penting Kak Ngah ingat kat mak, cukuplah..."usai ayat yang mak tuturkan, hati aku lebih tersayat pilu....

~"Ya Allah, Kau ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Serta kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihaniku sejak kecil..." Aminnn... (Al-Israa’: 24)


Kisah kedua...

Aku menanti tren Komuter di Stesen Labu dengan tidak sabar. Kelewatan tren tiba membuatkan hatiku berbolak-balik. Kedatangan sebiji kereta dari jauh mencuri perhatianku. Kereta tersebut berhenti betul-betul di belakang stesen. Mak angkatku melangkah keluar dari kereta. Diikuti ayah angkatku yang memarkir keretanya di tepi stesen. Kesanggupan mereka memanjat tangga untuk masuk ke stesen semata-mata untuk menghantarku dan menemaniku membuatkan aku cukup terharu. Mak dan ayah (angkat) baru saja balik dari memanggil orang utk kenduri kawen anak mereka minggu depan.

Mak terus menerpa aku, lantas memeluk dan mencium aku. Lama dan kejap pelukan mak...mak berbisik yang dia memang berdoa semoga sempat berjumpa aku sebelum aku balik ke KL. Tangan ayah kucium. Mereka sangat berharap aku dapat menghadirkan diri ke kenduri Angah minggu depan. Insya Allah... Hatiku terus dipalut hiba saat tren tiba dan mereka masih di situ melambai ke arahku. Terima kasih mak, ayah..Walaupun SHiMa bukan anak kandung, mak dan ayah melayan SHiMa lebih dari itu...


~ “Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatmu yang engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan jadikanlah sifat-sifat kebaikan meresap masuk ke dalam jiwa zuriat keturunanku. Sesungguhnya aku bertaubat kepadamu, dan sesungguhnya aku dari orang-orang Islam (yang tunduk patuh kepadamu).” (Al-Ahqaaf: 15)

SELASA (05.05.09)

Kelas Seni hari ni berjalan seperti biasa. Namun, terselit seribu kekesalan di benakku. Kehadiran yang ditanda mengikut kebiasaan mungkin telah mengguris jiwa salah seorang rakanku yang baru kehilangan insan tersayang dalam hidupnya. Pundakku terbeban dengan kekesalan yang tak putus-putus mendatang.

"Maafkanku wahai kawan..." bisik nurani kecilku berulang kali. Sesungguhnya tak terlintas langsung di hatiku untuk membuatkanmu terguris sendu dalam diam.

"Mama aku tak da da...:( .." kenyataan itu yang membuatkan aku tersentap. Sungguh aku LUPA!!!

Tajuk ~Hadiah Hari Ibu~ yang kutulis tak kusangka akan menimbulkan riak-riak bahang kepanasan yang cukup berbisa di hati separuh rakanku yang lain. Masing-masing memendam rasa terhadapku atas kesilapan yang tak disengajakan.

"Stop this nonsense pleaseee!!!!"
"Sesuaikan dengan keadaan..."
"Thinks for others!!!"...

Itulah antara frasa-frasa yang menimbulkan ketegangan dan rawan di benakku.

"Ya Allah...andai kutahu, tak mungkin aku akan bertindak sedemikian...Buat rakanku JOYCE, aku pohon sejuta keampunan. Maafkan aku kawan..."

Kenyataan ini kuharap bisa melunturkan segala ketidakpuasan yang bersarang di hati setiap orang. Semoga aku mampu melontar jauh semua kekesalan dan kegundahan hati yang mula bertapak di jiwaku...

:( SEDiH...

Ambillah waktu utk berfikir, itu adalah sumber kekuatan....
Ambillah waktu utk bermain itu adalah rahsia dari mse muda yg abadi...
Ambillah waktu utk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu utk belajr, itu adalah sumber kebijaksaan..
Ambillah waktu utk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yg di berikan TUHAN..

Ambillah waktu utk bersahabat, itu adalah jalan menuju kbahagiaan..
Ambillah waktu utk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati...
Ambillah waktu utk membri, itu adalah mmbuat hidup terasa bererti...
Ambillah waktu utk bekerja, itu adalah nilai keberkesanan....
Ambillah waktu utk beramal, itu adalah knci mnuju syurga... AMIN..

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".




2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.





5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.




19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

"Shima!"... bergema satu kelas dengan panggilan namaku. Seisi kelas senyap seketika. Aku yang sedang rancak bercerita tentang ciptaan laguku terkesima. Serentak hatiku seolah-olah berhenti berdetik. Sekilas aku memandangnya. Dia nampaknya betul-betul geram denganku. Mukanya kulihat tegang memandangku. `Muka Ketat`! itulah gambaran yang diumpamakan remaja kini. Debaran di hatiku seolah-olah terus berhenti berdetap. "Salah akukah?" terlintas pertanyaan itu sedetik di hati. Rakan yang kujadikan teman berborak turut tersentap, langsung tidak mempedulikan lagi kata-kataku. Hilang langsung fokusku untuk menyambung cerita.

Aku berpura-pura mendengar kata-katanya. Ntah apa yang diucapkannya pun aku tak tau. Rakan sekelas yang lain pura-pura meluahkan pendapat masing-masing tentang apa yang dibincangkan. Sedangkan aku? Masih terasa dengan jerkahannya sebentar tadi. Bukan lecturer, bukan pengawas, bukan juga ketua...juga bukan ibu bapaku yang pernah menjerkahku sedemikian rupa selama aku membesar hingga dewasa kini...

Tapi siapa dia? Tinggi sangatkah kuasanya? kalau hanya sekadar pembantu...Hmm..kepura-puraan..Aku dapat merasakannya, dari dulu sejak hampir 6 tahun bersamanya; membesar dan melalui perubahan ke zaman remaja. Keikhlasannya terhadapku hanya dapat kurasai sesekali cuma. Ntahlah...Mungkin aku yang tersalah mentafsir segala kebaikannya selama ini. Atau akukah yang terlalu mengikut kata hati?

Jika benarpun aku yang bersalah tadi, tegakah dia dengan lantang menjerit memanggil namaku sebegitu? Dia di dalam tekanan, Aku turut tertekan, semua orang pun tertekan kini. Hanya yang bergelar pelajar IPGM batch KPM OUM akan memahami tekanan yang maha dahsyat ini...Namun, jangan aku dijadikan tempat melepaskan tekanan itu.

Aku pohon kemaafan atas kesilapanku. Andainya dia membaca, dan merasakan bicara hati ini dusta semata..sekali lagi aku memohon keampunan. Aku hanyalah aku...Sekadar meluahkan apa yang terbuku, agar tidak terus-terusan aku mendendamimu...Maafkan aku kawan..

~40 MINIT BERLALU~

Usai kelas, ternyata mulia hatinya. Secara tiba-tiba, kemaafan dipohon olehnya dariku. Sekali lagi aku dapat merasakan...dia pasti tidak tenang dengan apa yang berlaku tadi. Ntahlah, aku runsing, gusar... Aku menerima kemaafan itu..Sesungguhnya aku juga yang bersalah... Aku mengakui kesalahan itu. Mulia hatinya, tak seperti aku... Lewat kebelakangan ini, aku seperti manusia yang hilang jiwa..hilang rasa. Namun, aku cepat terasa dengan apa yang berlaku di persekitaranku. Mungkin dengan kenyataan seseorang yang menyatakan tentang ketenangan yang dimilikinya kini. Mengapa aku membabitka semua orang hanya kerana rawan dengan dia? Maafkan aku kawan, kerana dia..aku terbawa-bawa. Emosiku terganggu. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...


1245am / IPGM KBM 7C
(still not in a good mood) :(

Sabtu n Ahad (25 & 26 April 2009) ~

Dua hari aku pergi kursus kahwin kat Zura`s Akademik, Bangsar...
tpt ni memang popular di kalangan artis2 yg bakal melangsungkan perkahwinan..
ramaila, antaranya Lan Pet Pet, Azrinaz Mazhar Hakim, Arash Mohd, Asheed Def Gab C, AC Mizal n Emylia, Diana Rafar, Abby n bekas suaminya(Norman Hakim), anak belas PM (Tun Dr. Mahathir, isk ramaila..xlarat nak cita sorg2..n yang terbaru...Adlin Aman Ramli ngan Emelda (Manjalara)...

Hmm..kursus kawen kat sini best, penuh dgn gelak ketawa..n aku xmengantok langsung..
Ustaz2 n Ustazah yang bagi ceramah sumanya full of humour..memang kadang2 x bertapis lgsg..mengekek org gelak dgr ceramah, tambah2 yg lelaki.. kadang2 org pompuan ni BLUR.. hahaha...

Aku pegi ngan sape? orang len sume ada pasangan.datang berdua woo..tapi aku bertiga..hehehe..aku pon bawak pasangan gak.. Hana n Kak Ana..:) hmm..tapi seriously, kursus kawen ni better pegi ngan pasangan, sebab info yg kita dapat sama..xla bercanggah pendapat nnti bila dah kawen..

Masa daftar..kena plak isi nama pasangan n tarikh nikah..SUDAH! rasa nak balik jer...
wajib ke isi benda 2? kalau xtau pasangan kita sape cmner? huh! berdebar2 rasa hati..
Hana n Kak Ana xperla..dah komferem(kompem) ngan pakwe dorg..aku? hik3..
kalaula aku tau sapa yg bakal jadi suami aku kan senang..
blh dgn bangganya aku isi nama dia..siap tulis besar2 lagi..baru depa tau..hahaha..

Hmm..rupenyer nak kawen ni bukan senang..banyak betul borang2 n dokumen2 yg perlu kita setelkan sendiri..huh! baru aku tau nak kawen ni susah..dari A-Z sume kita kne wat sendiri..
Tapi, byk betul ilmu ttg dunia perkahwinan yg aku dpt..malah, ilmu ttg kehidupan yg xpernah aku pikir.. Alhamdulillah..semoga aku dapat memanfaatkan ilmu yg aku dapat 2 bila kawen nnti..ceewahh!! (macamla nak kawen sgt2)..padahal aku pon xkeje lagi..

Takutnya bila nk kawen..sbb kita kna pkir byk benda. dulu pikir nak jaga diri sendiri jer. tapi kalu dh kawen, hal org len plak kta kna jaga..yela, tanggungjawab dh bertambah..

Aku? dh ready ker nk kawen? Oppps...jgn ditanya, sbb aku belum bersedia nk pikul tanggungjawab yg bakal aku jaga..hahaha..persekitaran aku ramai kawan2 yg dh kawen..suma takot nak posting jauh2..(xla, dh sampai jodoh dorg 2)...syok ke kawen ni ha?

Bila la nk sampai jodoh aku ek? hi3.. lambat lg kot..banyak yg belum aku kecapi..
aku nk keje dlu...kumpul duit..kumpul aset...tunaikan impian mak ayah... senangkan adik2 aku yg nak sambung blaja... Aku pon 1 hari nnti nak sambung wat Master plak.. (Insya Allah)...
pastu baru pikir kawen..tahun 2011 nnti kot..lalala~ Aminnn...

~Ya Allah, seandainya telah Kau catatkan dia milikku, satukanlah hatinya dengan hatiku~

Aku kadangkala tersentak...
Terkadang tanpa sedar air mata ini menitis..
Perlukan mencari kebenaran di sebalik kekecewaan?

Ntahlah..kucuba pujuk hati yang jauh di puncak pilu
Ke mana hilangnya seri kasih abadi...

Semakin ku menjauh...semakin kukuh dan kuat ianya bertandang mengetuk pintu hati..
Kenapa perlu kutangisi?
Setelah puas aku membenci?

Deritanya hati bila dilukai..
Sakitnya kadangkala tak tertanggung
Hingga memaksa mata yang bergenang
Agar jangan dibazirkan air mata kegelisahan

Rawan aku..
Terkadang aku rasa menyesal
Masihkah dengan janji-janjimu
Apa terjadi akulah pilihanmu?

Aku angankan pelamin bahagia
Agar dapat kumeniti impian dengan penuh suka
Namun hanya dukakah yang layak untukku?
Terkadang tak tertahan
Untuk aku meluahkan
Mecari kata kebenaran
Di sebalik kesepian

ALLAH S.W.T mengurniakan kebaikan kepada orang yang berpuasa...

  1. TIDUR orang berpuasa ketika berbalik badan menyebut nama ALLAH, berkata Malaikat:(ALLAH mencucuri rahmat untukmu)
  2. Ketika BERDIRI, hamparan berkata : (Ya ALLAH, kurniakanlah padanya hamparan permaidani syurga)
  3. Ketika MEMAKAI PAKAIAN, pakaian berkata: (Ya ALLAH, kurniakan padanya pakaian syurga)
  4. Ketika MEMAKAI KASUT, doa kasut: (Ya ALLAH, tetapkanlah kakinya di atas titian Siratul Mustaqim)
  5. Ketika MANDI, timba berdoa: (Ya ALLAH, kurnikan padanya gelas syurga)
  6. Ketika BERWUDUK, air berdoa: (Ya ALLAH, sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan)
  7. Ketika SOLAT, berdoa rumahnya: (Ya ALLAH, cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah kuburnya)

Semoga aku tergolong golongan yang rajin berpuasa~
sebelum aku dipuasakan...

Kata indah dan manis hanya tuturan manusia
Yang di mata hanya memandang keindahan semata
Tapi tidak kegersangan dan keriuhan sekeping hati nan lara
Yang sering mendambakan kesempurnaan hingga kekadang ia terlupa
Keunikan ciptaan TUHAN

Manusia insan setia, jujur dan ikhlas
Hanya ditindas umpama silam lepas
Sayangilah sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan
Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan
Rinduilah kedua-duanya kerana ia rahmat TUHAN

Derita Hati : Selasa (16/08/2005)

sy perlukan nasihat...
sy kebuntuan..
knp kadang2 bila smpai stu saat..
sy rasa sy dh kehilangan jiwa?
kehilangan hati? kehilangan rasa?

sy rasa dh xde jiwa..dh hilang suma rasa..
jiwa sy rasa kosong..knp ye?
seolah2 sy pasrah dgn apa je yg bakal berlaku dlm hidup ni..
apa yg bakal berlaku, itu yg sy akn trima..

mengapa kita perlu pasrah dgn ape yang bakal berlaku? sedangkan kita tidak tahu ape yg bakal berlaku?
bukan kah ape yg belaku pada masa akan dtg itu adalah ketentuan ALLAH dan Hanya Dia je yg tahu?
maaf jika dlm kata2 ade yg menyinggung...

x..sy perlukan kata2 awk 2..
utk hidupkn kembali n bagi rasa pd jiwa yang kosong nih..


senang je...kembali kepada ALLAH
dgn Jalan Islam mungkin itu yg ALLAH nk..

"bila engkau memandang segalanya dari tuhanmu yg menciptakan segalanya, yg menimpakan ujian, yg menjadikan ujian yg menjadikan sakit hatimu, yg membuatkan keinginanmu terhalang serta menyusahkan hidupmu, pasti akn damailah hatimu kerana masakan ALLAH sengaja mentaqdirkan segalanya utk sesuatu yg sia2, bukan ALLAH tak tahu deritanya hidupmu, rentaknya hatimu, tapi mungkin itu lah yg DIA mahu krn Dia tahu hati yg sebeginilah yg selalunya lbih lunak dan mudah utk dekat dan akrab dgnNYA"

mungkin hidayah dariNYA
utk awk sy nasihatkan
dekatkan la diri dgn ALLAH
hayati ISLAM... dan mungkin ada sesuatu yg ALLAH nk tunjuk
jd serah la pada ALLAH
pasti tdk kecewa
kita ni hidup tiada sesapa melainkan ALLAH
muhasabah la kembali akan diri kita

sy tertarik dgn ayat yg atas 2..
hati yg Dia tahu lebih lunak dan mudah utk dekat dan akrab dengan Nya..

ye...sebab tu kita kena ingat segalanya dari ALLAH
jadi kita kena la berusaha ke arah JalanNYA

awk...cmne kta nk cari apa yg terbaik utk dri kta?
sdgkan kita tau kita xlayak mendapat yg terbaik?

sape kita... untuk mengatakan sesuatu itu yg terbaik bagi kita?
pada pandangan kita sbg manusia mungkin ya
tapi pada pandangan ALLAH?
hanya DIA yang thu dan DIA yg tentukan
jadi jika kita nk yg terbaik
kita kena mintak la pada ALLAH..

cikgu shima
hidup kita ni telah ALLAH tentukan sejak kita di alam roh lagi di loh mahfuz lagi
sape nama kita
sape jodoh kita celakakah kita
bahgia ke kita di dunia
atau diakhirat
kejayaan kita
tapi semua itu blh diubah
insya'ALLAH
di ubah bagaimana?
dgn usaha dan doa
sebab ALLAH kata dalam Al quran
kejayaan itu milik org2 yang bertaqwa
jadi, bertaqwa la kita kepada ALLAh dgn sebenar2 taqwa
nescaya ALLAh perkenankan...

YA...sesungguhnya ALLAH adalah sebaik-baik tempat bergantung~

sekadarnya oleh: ShiM@_SMiLeY
(861121)
Semester 7
Ijazah Sarjana Muda Keguruan Dengan Kepujian (Prasekolah)
Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Bahasa Melayu
Lembah Pantai, Kuala Lumpur...

Tidurku terganggu
Tidak selena dulu
Mimpi bertandang tanpa diundang
Aku terjaga dalam keresahan
Kini kewarasan mindaku
Mengatasi akalku di alam nyata

Kepalaku berdenyut-denyut
Sakit yang tak tertanggung
Dek kerna tidurku yang terganggu
Mungkin juga kesan kekebalan ubat
Yang melawan vaksin di tubuhku

Segarkan mataku sesegar embunan pagi
Kuatkan lahiriahku sekuat pacaknya Bumi
Tabahkan hatiku setabah sempurna insani
Pergilah kesakitan...
Sabarlah duhai hati yang rawan

Ya Allah...
Tak tertanggung lagi kesakitan ini
Air mata tak tertahan
Waktu untuk dijatuhkan
Andai ini satu ujian dariMu
Aku pasrah

Lenakan aku...
Jika belum sampai detiknya
Bangunkan aku dalam kesedaran, Ya Tuhan...

Derita Hati : Rabu (15/04/09) ~ 0840am

haaa..akhirnya aku kena jgk derma drh yg xdpt sabtu lepas..
ni suma gara2 pegi klinik utk cek batuk, demam, sakit tekak n ruam2 yg aku alami sejak seminggu lepas..

suara pon serak2..aduii!!!
amek kau! Doc 2 suh g test amek darah plaks masuk makmal...
huh! siap aku tya knp, amek kat mana...banyak x...sakit x...jarum besar x..bape gelen? hahaha...
last2 doc tya umur aku bape? kui3...

hmmm..nasib bdn la..jarum belum masuk aku dah "aaaauuuwww!!"..sakit woo ms dia sedut drh 2 msuk botol kecik..(ntahla bape byk drh dia sedut)... pastu darah tadi kna anta g makmal..
fuh! mcm saspek aku sakit teruk jer.. pdhl aku cuba merahsiakan ke`demam`an aku..hahaha..
Doc 2 lagi pndai upenyer..hik3

pastu ALHAMDULILLAH.. aku disyaki demam bese jer..haaa, kan aku dh ckp.
sekali kena bebel ngan Doc..."rajin2 minum air kosong..bla2...bla2.."

"Baik Doc..terima kasih.." baik Doc 2.. hehehe..

so, nmpak gayanyer aku kena n terpaksa menghabiskan ubat-ubat yg ntah apa namanya..
hahaha.. Semoga cpt smbuh oh sakit!!!



Derma Darah???


hmmm..hari ni (11/04/09) kat IPGM aku ada kempen derma darah..
teruja betol nak gi derma dara..opss..derma darah..hahaha..
dgn berbesar hati aku pon pgila daftar..
tapi syg, xdpt derma hari ni... aku upset sgt2..
alasannya sbb aku mengalami batuk n selesema..
waa..isk2.. xpela, kang bahaya plak org yg terima dermaan aku ni..hmmm...
sedih2 gla2... dh berkobar2 nk derma darah hari ni..
xpela..xde rezeki..
maybe lain kali jela...

P/s: rasa nak terjah hospital n klinik yg ada kempen derma darah..
nak cakap, "Saya nak derma d.a.r.a.h..sudilah amek derma saya yg seikhlas hati
ni..tolonglah doktor," hik3...

LALALA~





TALENTIME…


Cita ni memang langsung xde dalam senarai untuk aku tonton..malah xtersenarai dalam list2 wayang yang akan aku tengok dalam panggung mahupun kat astro..dengar tajuknya je aku dah bosan. Ni kan plak makin menyampah n xpaham bila aku tertengok iklan TALENTIME kat tv. Hmm..jumaat lepas (03/04/09) aku boleh wat decision saat2 akhir bila terpaksa tengok wayang dgn kawan baikku Najwa dari Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Ilmu Khas (huh! Ayat skema). Hish, Najwa dgn aku mmg ngam (ngam ker? Ahaks!) kami memang kongsi mcm2…termasuklah hal2 yang xpatot (teettt)..kui3!

Isk..melalut plak cita hal Najwa..hmm..dia la yang ber`ia2 ajak aku tgok cita TALENTIME nih. Disebabkan aku terpaksa piker waktu solat Maghrib, hanya TALENTIME je cita yang ada untuk sesuai ditonton pada malam jumaat 2..so, ikutla aku dgn keletah Najwa yg mengheret aku ke Midvalley. Wayang ni stat seating kol 7.30pm..so, aku ada around 15 minutes utk solat terlebih dulu. Masuk dalam panggung jam 7.45pm. wayang pon xmula2 lagi..iklan xabeh2..huh! bape minit tggu..statla wayang cita TALENTIME nih. Aku yg bosan terpaksa berkira dgn nilai RM10 yang aku byr utk tonton cita nih. Kalu xbest mmg aku serang si Najwa ni..hik3!

Well..tontonla aku cita 2 dgn sepenuh perasaan. Dah pasang niat, kalu bosan cita yg diilhamkan oleh Yasmin Ahmad ni aku nak tido je dlm panggung ni. Xkire apa dah! Lantakla Najwa nak tgok sorang2.. tapi aku perasan..panggung malam 2 penuh..sampai kami dapat seat baris no 2 dari depan. Tapi xper, aku suka sebab aku lupa nak bawak spek! Kang aku xnampak dgn jelas sari kata kat bawah 2..Hehehe.. dalam panggung ramai jgk bangsa bukan Melayu yang tonton cita nih. Terutamanya kaum India. Aku pon xsangka penangan Yasmin Ahmad sampai ada peminat di kalangan kaum lain. Hmm..tontonla aku cita ni sampai detik yang terakhir..

Sob..sob! aku menarik nafas dan menyeka air mata yang turun tanpa sedar sehabisnya tayangan ni. Fuh! Very sad n so touching! Aku betul2 xsangka cita ni sangat meruntun perasaan aku. Aku perasan suma orang yang kluar dari panggung pakat2 mengelap mata. Terharu tengok ada beberapa pasangan kekasih yg pakwenye kna tenangkan si makwe yg btul2 sdih.. hik3! (Tetiba aku terimbau kenangan silam bersama ehem2 masa kami tonton wayang bersama. Kalaula aku dgn dia tonton cita 2, mesti aku akan ditenangkan oleh dia sama cara mcm psgn2 kekasih yg tonton cita 2 jgk.. hmm..suma 2 dah berlalu). Well..aku menangis! Betul2 menangis n terpaksa mengelap air mata yang nak turun lagi. Yela…kna cover sbb dh nak kuar dr panggung. Kang org luar tgok aku semacam plak. Najwa plak mmg org yang xde perasaan. (Ntah2 dia nangeh dalam hati! Haha..).

TALENTIME..satu cerita yang penuh perasaan…penuh keajaiban..penuh emosi..penuh nilai moral..penuh dengan kasih sayang… penuh nilai persahabatan… sangat sesuai ditonton oleh segenap lapisan masyarakat..xkirala kaum Melayu ke..India ke..Cina ke… sbb suma kaum terlibat dalam lakonan cita ni…


Cita ni penuh dengan komedi yang xdisangka..sangat kelakar namun akhirnya mampu menggugat kewarasan akal manusia apabila hati tewas dengan kasih sayang yg cuba dipamerkan. Sesungguhnya setiap manusia yg memiliki jiwa..turut memiliki hati..dan hati yang sarat mahupun tandus dengan kasih sayang, akan bisa cair dengan panahan ketulusan air mata tanpa diduga. Kenapa yang menonton cita ni bisa menangis? Kerana aku, mereka dan bakal penonton memiliki satu jiwa, satu hati, satu perasaan…

Percayalah! Walau setabah mana…kita tetap akan tewas dengan kesepian, keseorangan tanpa teman… kerana kita manusia…manusia yg perlukan CINTA dan KASIH SAYANG… Dari Yang Maha Kuasa…dari keluarga..dari adik beradik…dari teman2..dari kekasih hati..dan dari musuh yang membenci… J

Nukilan Hati : SHiM@_SMiLeY

(05/04/09) 1548pm

Powered By Blogger

About Me

My photo
TaiPiNG, PeRaK, Malaysia
shima_smiley@yahoo.com (^_^)

AkU SeNdiRi...

Kita takkan mengetahui selembut mana erti kasih jika tidak terlebih dahulu disanggah kebencian... Hidup adalah satu perlawanan simbiosis yang punya rahsia yang sukar untuk tersingkap manfaatnya kecuali oleh mereka yang tahu menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah Yang Maha Kuasa...(^_^)

PeMinaT KeSaYaNgaN...

JoM BoRak2...

My Blog List