"Shima!"... bergema satu kelas dengan panggilan namaku. Seisi kelas senyap seketika. Aku yang sedang rancak bercerita tentang ciptaan laguku terkesima. Serentak hatiku seolah-olah berhenti berdetik. Sekilas aku memandangnya. Dia nampaknya betul-betul geram denganku. Mukanya kulihat tegang memandangku. `Muka Ketat`! itulah gambaran yang diumpamakan remaja kini. Debaran di hatiku seolah-olah terus berhenti berdetap. "Salah akukah?" terlintas pertanyaan itu sedetik di hati. Rakan yang kujadikan teman berborak turut tersentap, langsung tidak mempedulikan lagi kata-kataku. Hilang langsung fokusku untuk menyambung cerita.

Aku berpura-pura mendengar kata-katanya. Ntah apa yang diucapkannya pun aku tak tau. Rakan sekelas yang lain pura-pura meluahkan pendapat masing-masing tentang apa yang dibincangkan. Sedangkan aku? Masih terasa dengan jerkahannya sebentar tadi. Bukan lecturer, bukan pengawas, bukan juga ketua...juga bukan ibu bapaku yang pernah menjerkahku sedemikian rupa selama aku membesar hingga dewasa kini...

Tapi siapa dia? Tinggi sangatkah kuasanya? kalau hanya sekadar pembantu...Hmm..kepura-puraan..Aku dapat merasakannya, dari dulu sejak hampir 6 tahun bersamanya; membesar dan melalui perubahan ke zaman remaja. Keikhlasannya terhadapku hanya dapat kurasai sesekali cuma. Ntahlah...Mungkin aku yang tersalah mentafsir segala kebaikannya selama ini. Atau akukah yang terlalu mengikut kata hati?

Jika benarpun aku yang bersalah tadi, tegakah dia dengan lantang menjerit memanggil namaku sebegitu? Dia di dalam tekanan, Aku turut tertekan, semua orang pun tertekan kini. Hanya yang bergelar pelajar IPGM batch KPM OUM akan memahami tekanan yang maha dahsyat ini...Namun, jangan aku dijadikan tempat melepaskan tekanan itu.

Aku pohon kemaafan atas kesilapanku. Andainya dia membaca, dan merasakan bicara hati ini dusta semata..sekali lagi aku memohon keampunan. Aku hanyalah aku...Sekadar meluahkan apa yang terbuku, agar tidak terus-terusan aku mendendamimu...Maafkan aku kawan..

~40 MINIT BERLALU~

Usai kelas, ternyata mulia hatinya. Secara tiba-tiba, kemaafan dipohon olehnya dariku. Sekali lagi aku dapat merasakan...dia pasti tidak tenang dengan apa yang berlaku tadi. Ntahlah, aku runsing, gusar... Aku menerima kemaafan itu..Sesungguhnya aku juga yang bersalah... Aku mengakui kesalahan itu. Mulia hatinya, tak seperti aku... Lewat kebelakangan ini, aku seperti manusia yang hilang jiwa..hilang rasa. Namun, aku cepat terasa dengan apa yang berlaku di persekitaranku. Mungkin dengan kenyataan seseorang yang menyatakan tentang ketenangan yang dimilikinya kini. Mengapa aku membabitka semua orang hanya kerana rawan dengan dia? Maafkan aku kawan, kerana dia..aku terbawa-bawa. Emosiku terganggu. Sesungguhnya kemaafan adalah dendam yang terindah...


1245am / IPGM KBM 7C
(still not in a good mood) :(