aku ada kawan..semua orang pon ada kawan gak...
bila berkawan, macam2 kita kena jaga..hati kita, hati dia...
kadang2 susah nak faham apa yang kawan kita nak..
tapi aku sangat bertuah sebab dikelilingi oleh kawan2 yang baik, memahami, ambil berat, sering bagi nasihat..
salah seorangnya...pengikut blog ni..ART DA ICE...

thanx frenz..
apa yang buat aku terharu..dia sanggup utk wat solat sempena sakit aku ni..
hmm..aku xpenah jumpa dia..dia pon xpenah jumpa aku..
tapi..dia wat aku rasa aku mmg dah kenal lama ngan dia..huhuhu..
semoga Allah sentiasa memudahkan semua urusannya..
begitu jugak dgn semua kwn2 aku yang di luar sana..
i LUv U aLL...mmmuuuacckkkss!!!!



Ni plak utk kwn2 yang kadang2 aku terkecik hati ngan korang..


Mengapa kurasa resah gelisah di puncak pilu…

Bagaikan satu petanda yang kunjung mendung menikam hati ini…

Berdebar rasa hatiku menanti apa sudahnya…

Kucuba memujuk hati yang jauh di puncak pilu..

Ke mana hilangnya seri kasih abadi…

Pertama kali kumerasa…Hancurkanlah sengketa…

Semakin kuhulur kasihku, Semakin hatimu menjauh..

Begitu mulanya tafsiran hatimu…Memaksaku berkorban segalanya..

Salahkah untukku meluahkan rasa…

Kasih yang selama ini setia tidak bermakna…Sahabatku…


aku mintak maaf bebanyak jika ada segala silah salap n tutur kata aku yang wat korang pon kecik ati ngan aku..papepon..aku bangga dapat kawan macam korang..Luv U OL..:)

Kau yang kusayang

Dari dulu kini dan selama-lamanya

Sebelum kenal dirimu

Sebelum jumpa dirimu

Kau sering datang dalam mimpiku…

Kata hatiku selalu membisik

Kau adalah milikku

Bair lamapun kutunggu

Saat kedewasaanmu

Daku tak pernah jemu menantimu…

Di saat ku sendiri

Ku bayangkan wajahmu

Terkadang ku berilusi

Tentang dikau dan aku…

Kuharapkan semua ini

Esokkan jadi kenyataan

Dan aku berjanji

Kan kubahagiakan dirimu selamanya…

Kuharapkan semua ini

Akan segera terjadi

Dan semoga nanti

Bukan hanya sekadar impian belaka…

~ lagu ni mmg spesel utk aku…

tpi ttba ada org bg lak lagu ni…fuh!!

Aduh..sakitnya bila kita bermain dengan hati ni...macam2 yang akan kita alami..kita rasa..
ermm..sebab tu lah ramai orang cakap, jaga hati...jangan bermain dengan hati..nanti kita yang rugi..ikut hati mati..betul jugak! :)

JanGan BerMain DeNgaN HaTi…

“Nah, ambil benda ni.

Apa ni?

Hati aku…

Hati kau?

Hmm.. Kenapa kau sudi kasi pada aku?

Sebab kau sebahagian dari aku. Kau lebih dari seorang kawan.

Terima kasih. Ianya bererti. Aku terlalu menghargainya.

Oh ye ke?

Tapi maaf…

untuk apa?

Sebab. Aku tak beri sepenuhnya. Cuma sebahagian sahaja.

Maksud kau.

Aku pernah beri pada orang lain juga, tapi aku tak pernah beri kesemuanya. Aku takut aku tiada hati untuk diri sendiri. Mungkin aku takut, ia tak dijaga sebaiknya. Ia bukan seperti barang lain seperti duit, permata dan sebagainya. Ia penuh mistik, ada keajaiban tersendiri.

Mistik? Kelakar bunyinya.

Mungkin, tapi itu realitinya. Ia berubah mengikut rentak hidup kau. Rentak perasaan orang yang aku beri. Jika dia ikhlas, hati ini akan indah dan bersinar. Tapi, jika dia mempersiakannya, hati ini akan malap. Mungkin akan terus mati untuknya. Ia bukan benda percuma. Hati ini diberi hanya kepada insan yang terpilih. Insan istimewa. Dan kau salah seorang daripada nya, kerana naluri aku terlalu percayakan kau.

Aku insan terpilih?

Ya, kau terpilih. Hati ini sering bertukar-tukar mengikut perasaan org yang diberikan. Ia terlalu sensitif. Tapi ia cukup kebal dan kental pada musuh aku. “Musuh”, mungkin terlalu kejam untuk aku memperkatakan tentang mereka. Ia tak berubah-berubah seperti yang terjadi jika ia diberi kepada orang istimewa.

Hati aku hanya tinggal sebahagian sahaja. Ada org yang tak pernah memulangkannya, walaupun aku hanya pinjamkan sekejap. Ada yang pulangkan dengan penuh kelukaan. Ada yang sudi beri sebahagian hatinya pula sebagai ganti. Dan jika kau nak tahu, setiap hati manusia ada nilai tersendiri. Setiapnya terlalu mistik! Cuma satu yang kau tak mengerti. Sekali ia terluka, kadangkala sukar nak mengubatinya. Ada kalanya, mengambil masa yang lama.

Dan bila tiba sesuatu yang tak diingini, mungkin pemilik hati itu akan menyendiri seketika, sehingga hatinya pulih seperti sediakala. Hati yang diberi ini bukan untuk suka-suka. Ia lahir atas satu kepercayaan. Dari situ,wujudlah kasih sayang. Jika hilang rasa percaya itu, maka sukar untuk hati itu kembali indah.


aKu? MasiH denGan Hati Ini..

Powered By Blogger

About Me

My photo
TaiPiNG, PeRaK, Malaysia
shima_smiley@yahoo.com (^_^)

AkU SeNdiRi...

Kita takkan mengetahui selembut mana erti kasih jika tidak terlebih dahulu disanggah kebencian... Hidup adalah satu perlawanan simbiosis yang punya rahsia yang sukar untuk tersingkap manfaatnya kecuali oleh mereka yang tahu menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah Yang Maha Kuasa...(^_^)

PeMinaT KeSaYaNgaN...

JoM BoRak2...

My Blog List