SELASA (05.05.09)

Kelas Seni hari ni berjalan seperti biasa. Namun, terselit seribu kekesalan di benakku. Kehadiran yang ditanda mengikut kebiasaan mungkin telah mengguris jiwa salah seorang rakanku yang baru kehilangan insan tersayang dalam hidupnya. Pundakku terbeban dengan kekesalan yang tak putus-putus mendatang.

"Maafkanku wahai kawan..." bisik nurani kecilku berulang kali. Sesungguhnya tak terlintas langsung di hatiku untuk membuatkanmu terguris sendu dalam diam.

"Mama aku tak da da...:( .." kenyataan itu yang membuatkan aku tersentap. Sungguh aku LUPA!!!

Tajuk ~Hadiah Hari Ibu~ yang kutulis tak kusangka akan menimbulkan riak-riak bahang kepanasan yang cukup berbisa di hati separuh rakanku yang lain. Masing-masing memendam rasa terhadapku atas kesilapan yang tak disengajakan.

"Stop this nonsense pleaseee!!!!"
"Sesuaikan dengan keadaan..."
"Thinks for others!!!"...

Itulah antara frasa-frasa yang menimbulkan ketegangan dan rawan di benakku.

"Ya Allah...andai kutahu, tak mungkin aku akan bertindak sedemikian...Buat rakanku JOYCE, aku pohon sejuta keampunan. Maafkan aku kawan..."

Kenyataan ini kuharap bisa melunturkan segala ketidakpuasan yang bersarang di hati setiap orang. Semoga aku mampu melontar jauh semua kekesalan dan kegundahan hati yang mula bertapak di jiwaku...

:( SEDiH...

Ambillah waktu utk berfikir, itu adalah sumber kekuatan....
Ambillah waktu utk bermain itu adalah rahsia dari mse muda yg abadi...
Ambillah waktu utk berdoa, itu adalah sumber ketenangan..
Ambillah waktu utk belajr, itu adalah sumber kebijaksaan..
Ambillah waktu utk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yg di berikan TUHAN..

Ambillah waktu utk bersahabat, itu adalah jalan menuju kbahagiaan..
Ambillah waktu utk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati...
Ambillah waktu utk membri, itu adalah mmbuat hidup terasa bererti...
Ambillah waktu utk bekerja, itu adalah nilai keberkesanan....
Ambillah waktu utk beramal, itu adalah knci mnuju syurga... AMIN..

19 HADITH MENGENAI WANITA

1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab Baginda s.a.w., "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".




2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah s.w.t.



4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.





5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu
kebajikan.



6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.



7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t., akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.



8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah). Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.



9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).



10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendakinya.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1,000 lelaki yang soleh.



12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab Rasulullah s.a.w., "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah s.a.w, "Ibunya".



13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.



14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.



15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.



16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.



17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya syurga.




19. Daripada Aisyah r.a. "Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka."

About Me

My photo
TaiPiNG, PeRaK, Malaysia
shima_smiley@yahoo.com (^_^)

AkU SeNdiRi...

Kita takkan mengetahui selembut mana erti kasih jika tidak terlebih dahulu disanggah kebencian... Hidup adalah satu perlawanan simbiosis yang punya rahsia yang sukar untuk tersingkap manfaatnya kecuali oleh mereka yang tahu menghargai dan terpesona oleh setiap anugerah Yang Maha Kuasa...(^_^)

PeMinaT KeSaYaNgaN...

JoM BoRak2...

There was an error in this gadget